ocument.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling);

Sunday, September 1, 2013

TIPS UNTUK MEMAKAI BRACES ^^


Assalamualaikum semua. Sehat tak ni? Harap-harap sehat sejahtera la semua ye.hik and diingatkan setiap hari jangan lupa minum air kosong 2 liter ye. Jangan malas-malas. Nak sehat kena buat cara yang sehat :D Eh macam dokter pulak aku ni kann. Ye laa, dulu ade gak cite-cite nak jadi dokter tapi tak kesampaian.hee

Haa, nak start cite ni, aku merupakan pemakai braces yang kental haha. Ramai kawan-kawan tanye, sakit ke tak, mahal ke tak and bla bla bla. Itu semua soalan lazim bagi orang yg tengah pakai braces. Ada dua cara je yang korang boleh pilih, sama ada swasta atau pun govemen. Kalau govemen memang murah sebab bayar dalam berapa ratus je, tapi aku tak tau spesifik berape. Untuk swasta pulak range dia start dalam RM 4k-6k. Terkejut? Ini memang reality. Aku bukan nak show off aku kaya ke ape ke. Tapi aku hanye sharing ye pengalaman pakai braces ni.hee Aku bukan anak orang kaya ye. All the expenses is on me okeh.

Aku start pakai braces pada Julai 2011. Bermaksud sudah 2 tahun sebulan aku pakai braces.hee Aku mula bercadang pakai sebab condition gigi aku yang sangat teruk dan banyak lubang. Makanya, aku tekadkan hati untuk pakai braces sebab halangan utama yang paling mencabar tentulah bajet! Ye lah, aku ni cume student, mane kerje lagi. Tapi klinik2 gigi kat Malaysia ni baik2 tau. Diorang memang pakai system installment which korang kena bayar deposit mase awal2 nak pasang braces kat gigi, and next payment whether RM 150 or RM200 depends on the clinic that you all pilih. Bagi kes aku, aku kene bayar RM200 setiap bulan. Memang agak berat la. Untuk pengetahuan umum, aku bukan anak orang kaya yang mak pak dia bayarkan.Lagi sekali, I want to stress the point that semua kos atas aku, which aku gune duit belajar setiap sem untuk bayar braces ni.Hehe memang agak pokai hujung sem. Korang hanya perlu kuatkan fizikal and mental je la eh.ahahah

Hari ni aku nak bagi tips orang yang bercadang or dalam process nak pakai braces. Mari baca step-step kat bawah ni ye. :D

First step
Langkah paling utama iaitu pemilihan klinik swasta/private or kerajaan.

i) Kerajaan

Korang kene isi boring which I don’t really expert on this but only some info that I know. Lepas isi boring kat klinik kerajaan yang terlibat, korang kene tunggu turn as the que untuk pakai braces ni sangat panjang. Paling lame tak silap kene tunggu 5 tahun kot.haha again I’m not sure okeh. Ask the people who knows about this or directly ask at the government clinic. Bagi kes aku, aku nak pakai dalam mase terdekat, that is why aku pilih klinik swasta.

ii) Swasta/private

Untuk klinik jenis ni pulak. Korang mesti dah ade bajet yang cukup untuk wat braces. Range memang dalam RM4k-6k tapi semua depends on your tooth condition. Tapi kalau ade dalam RM3k dalam tangan pun dah cukup untuk permulaan, sebab deposit dalam RM2k or more. At least ade dalam RM1k untuk treatment yang awal-awal punya. And dinasihatkan korang cari klinik yang dekat dengan tempat tinggal korang, ye lah korang kan kene pegi check up setiap bulan. So, lagi dekat lagi senang. Or mane-mane tempat yang offer harga murah pun kire okeh.

Second step

First day kat klinik, dentist akan check dulu gigi sama ada boleh buat braces ke tak. Firstly, dia akan buat plak/contoh gigi daripada kapur. Process ni tak sakit pun. Relax2 dulu.hee Next, dia akan buat X-RAY which kalau klinik korang tak sediakan khidmat x-ray, korang kena buat x-ray kat klinik lain. Process ni quite tedious kalau klinik tak sediakan khidmat xray sebab banyak buang mase kat sini. Bagi kes aku, klinik aku, serba serbi lengkap, so in one day dah boleh siap and tak buang mase. Kalau xray dah siap, dentist akan bagi tunjukkan gigi mana yang perlu dicabut. Mostly gigi yang dicabut sebab condition gigi yang agak crowded. Bagi gigi yang jarang, process pakai braces akan jadi sangat mudah sebab tak perlu cabut, again tertakhluk kat condition gigi korang ye.hee For next check up, dentist akan cabut mane2 gigi yang tak diperlukan.

Next process ialah menampal gigi jika ade gigi yang berlubang. Next step ialah scaling, scaling ialah process mencuci gigi. So tak sakit pun. Cuma yang agak nervous ialah process nak cabut gigi je. Yang lain semua okeh2 saje. Pada process ini, diingatkan semua cost adalah tidak termasuk dalam harga yang ditetapkan oleh klinik. Contohnya, dentist akan beritahu, total cost ialah RM 4800. Dalam RM4800, cost untuk xray, mencabut gigi, menampal gigi dan scaling adalah tidak termasuk dalam harga tersebut.

Bagi kes aku :

XRAY                     : RM 250 (depends on your clinic)
Cabut gigi                : RM 45 per tooth (depends on your clinic)
Tampal                    : RM40 per tooth (harga tak ingat sangat sebenarnye)
Scaling                     : Tak ingat

Total cost untuk rawatan di atas dianggarkan dalam RM600-RM1k. Semuanya depends on your tooth condition ye. Kalau gigi tak teruk mane, murah lah korang kene bayar.

3rd Step

Process sebelum ini mengambil masa dalam sebulan lebih sebelum hari sebenar untuk memakai braces. Diingatkan, selepas process ni, korang perlu membayar deposit, dalam RM2k gitu. Makanya, sediakan lah duit secukupnya. Process memakai braces akan mengambil mase yang agak lama, lebih kurang 2 jam. Dalam process ini, korang tak akan rasa sakit, tapi sehari selepas memakai braces, baru sakit yang sebenar akan muncul.hehe Gaya suspen jek. Bagi aku, sakit tu datang sebab gigi korang yang sebelum ni free je xde sebarang ikatan, kini diikat erat oleh dawai2 besi.hehe Itulah logic sakit yang sebenar.

First few days, korang akan rasa susah nak kunyah makanan. Makanya makan bubur saje lah ye. Nak gigit makanan apa2 je, memang tak boleh, sebab gigi korang tak berada dalam kedudukan yang stabil. Jadi elakkan makan makanan yang keras ye. Lepas seminggu, korang baru boleh mengunyah menggunakan gigi geraham. Gigi tersebut agak stabil sebenarnye. Gigi depan memang tak boleh pakai lagi.hehe Kamu-kamu semua kene bersabar lah ye. Nak makan ape2 mesti sudah dipotong dalam saiz yang kecil supaye korang boleh terus kunyah tanpa menggigit! Time ni memang agak sedih sangat sebab tak dapat makan sedap. Lepas 3 or 4 bulan korang pakai braces, barulah boleh makan burger tanpe perlu dipotong2 kecil.hee

4th step

Next process would be, check up dengan dentist setiap bulan. Kat tahap ni, korang akan rasa beban dah kurang, sebab hanya perlu bayar RM150-RM200 setiap bulan. So boleh la hidup dengan aman.hehehe
Diingatkan, jangan sesekali missed appointment dengan dentist ye! Nak gigi cantik cepat ke tak? Haa kene lah jumpe dentist tiap bulan ye.

First week pakai braces :D Haha gigiku

Latest picture. Dah straight gittew :D




*******
Disebabkan aku masih belum bukak braces lagi, makanya cerita aku berhenti di sini. ^^
Ada sebarang pertanyaan, sangat2 dialukan di ruang komen ye. Hee
Thank you korang sudi membaca.
Till then…
<3 o:p="">








 



Zarra Gluta C Collagen


Assalamualaikum~

Nak kulit cerah, licin dan anjal? Jejoms cuba Zarra Gluta C!! 
Produk Zarra Gluta C
Mengandungi  bahan-bahan  terbaik untuk merawat kulit iaitu:
-Glutathione
-Collagen dari ikan tilapia
-Ekstrak biji anggur
-Ekstrak Strawberi

Kelebihan Zarra Gluta C :

-Menghilangkan jeragat dan bintik-bintik hitam
-Mencerahkan dan melembutkan kulit
-Menganjalkan kulit serta anti penuaan
-Meratakan tona kulit
-Melembapkan kulit
-Sebagai anti-oxidant
-Sesuai untuk ibu yang mengandung
-Sesuai untuk lelaki dan perempuan
-Berkesan seawal hari ketujuh dan lebih ketara selepas 2 minggu!
-Halal, bersih dan selamat!
-Keluaran BUMIPUTRA ISLAM

Cara-cara menggunakan :
 Enam hari pertama : 2 biji sehari
Selepas enam hari pertama hanya satu biji

Sebiji Zarra Gluta C mengandungi 12000mg! Sangat efektif untuk mencerahkahdan melicinkan kulit! :D

Sekotak mengandungi 36 biji dan boleh bertahan untuk sebulan. Sangat menjimatkan dan murah!

HARGA : RM90
(Tidak termasuk postage)
Post setiap hari khamis :D

Emel untuk order : anis_asyikin91@yahoo.com